MENGENAI KAMI

NetServ
NetServ (M) Sdn Bhd adalah satu syarikat bumiputera yang merupaka Penyedia Latihan di bawah naugan Kementerian Sumber Manusia, yang berdaftar denagn Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) di bawah Kategori A.
Misi
Untuk memahami keperluan pelanggan dan mencapai kehendak mereka dengan memberi mereka penyelesaian yang terbaik.
Asas
Syarikat ini telah ditubuhkan semenjak 1997 dan mula beroperasi pada tahun 2002 oleh seorang ahli perniagaan yang professional dan berpengalaman dalam pelbagai bidang kursus termasuk IT dan aplikasi perniagaan. Daripada mula penubuhannya, syarikat ini telah khususkan perkhidmatan IT dan Latihan, walaubagaimana pun sekarang syarikat ini lebih mensasarkan kepada latihan dalam pembangunan sumber manusia serta cuba melibatkan diri dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.
Profile Pengurusan
Pengarah dan pemegang saham NetServ (M) Sdn Bhd adalah Tuan Kamaluddin bin Tuan Soh (Pengarah) dan Pn. Alawana binti Mustapha (Pengarah). Pengarah-pengarah adalah profesional dan berkelayakan dalam bidang Perniagaan, Latihan Komputer, Analisis dan Reka Bentuk. Pengurusan dikendaliakan oleh Tuan Kamaluddin bin Tuan Soh bersama kakitangan lain, kumpulan pemasaran, kakitangan profesional dan pentadbiran.
Tuan Kamaluddin bin Tuan Soh, (Pengarah Urusan)
Tuan Kamaluddin bin Tuan soh memegang Sarjana Muda Sains (Hon.) dalam bidang Sins Komputer daripada UKM/UiTM. Beliau mempunyai pengalaman berkhidamat sebagai seorang pegawai dalam Tentera Udara Diraja Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai pembangunan sistem komputer jabatan EDP di Kementerian Pertahanan.
Sebelum menubuhkan NetServ, beliau telah bekerja sebagai Perunding Pemasaran dan Pengurusan Pembangunan Perniagaan untuk sebuah syarikat teknologi maklumat selama dua belas tahun. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan dan pengurusan dagangan, perhubungan pelanggan, Latihan, jualan dan pemasaran. Beliau bermula dengan Latihan Komputer semenjak penubuhan NetServ pada 1997 di Subang Selangor dan membuka Cawangan di Wisma Abrar Kota Bharuu sejak 2002 di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Kementerian Sumber Manusia dalam melatih penganggur di Kelantan termasuk pekerja yang diberhentikan. Beliau berhasrat untuk memperkembangan perniagaan dan seterusnya ingin membawa NetServ menjadi sebuah syarikat yang terkenal di seluruh negara.
Pn. Alwana binti Mustapha, (Pengarah)
Pn. Alawana binti Mustapha memegang Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk khusus dalam logam daripada UiTM. Beliau mempunyai beberapa tahun pengalaman kerja dalam sektor kerajaan dan sektor swasta. Beliau merupakan seorang guru bertauliah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau bertanggungjawab untuk membantu dalam pengurusan dan pembangunan syarikat.
Sebelum menjadi rakan kongsi sebagai pengarah di dalam NetServ, beliau mempunyai pengalaman kerja dalam sektor korporat dan juga sektor kerajaan. Beliau juga melaksanakan banyak projek dan selalu menyimpan maklumat terkini dalam teknologi komunikasi. Beliau terlibat secara aktif dalam seminar ICT dan latihan, dan selalu mengahadiri mesyuarat / perbincangan dengan vendor-vendor sistem / pembekal-pembekal dan juga pelanggan-pelanggan. Sifat-sifat peribadi ini seterusnya akan menjadikan beliau seorang yang cemerlang, mempunyai bakat dan keupayaan untuk bekerjasama dengan masyarakat. Pengalamanya sebagai Pendidik, ICT dan pengurusan akan membawa NetServ menjadi sebuah syarikat yang dikenali pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment